Pages

Kamis, 27 Oktober 2011

Kupas jauh lebih mendalam arti syahadat dalam membuka pintu kebahagiaan

Objektif
1.    Memahami kandungan kata “syahadah” dan kepentingannya.
2.    Memahami pengertian iman dan hubungannya dengan syahadah.
3.    Menyadari bahawa hanya dengan istiqomah dalam syahadah dapat mencapai kebahagiaan.
Sinopsis
Syahadatain begitu berat diperjuangkan oleh para sahabat, bahkan mereka sedia dan tidak takut terhadap segala ancaman kafir.  Sahabat nabi misalnya Habib berani menghadapi siksaan dari Musailamah yang memotong tubuhnya satu persatu, Bilal bin Rabah tahan menerima himpitan batu besar di tengah hari dan sederet nama lainnya.  Mereka mempertahankan syahadatain.  Muncullah pertanyaan kenapa mereka bersedia dan berani mempertahankan kalimah syahadah ?

Ini disebabkan kerana kalimah syahadah mengandung makna yang sangat mendalam bagi mereka.  Syahadah bagi mereka dan arti yang sebenarnya mencakupi pengertian ikrar, sumpah dan janji.  Majoriti umat Islam mengartikan syahadat sebagai ikrar sahaja, apabila mereka tahu bahawa syahadah juga mengandung arti sumpah dan janji, serta tahu bahawa akibat janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman.  Iman sebagai dasar dan juga hasil dari pengertian syahadah yang betul.  Iman secara sebutan oleh mulut, juga diyakini oleh hati dan diamalkan oleh perbuatan sebagai pengertian yang sebenarnya dari iman.  Apabila kita mengamalkan syahadah dan mendasarinya dengan iman yang konsisten dan istiqomah, maka beberaoa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan.  Kemudian Allah SWT memberikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat.

0 komentar:

Posting Komentar